Monday, December 28, 2009

Merasai Kehadiran Allah (Week 3)

Orang Islam yang sedar sentiasa hatinya berhubung dengan Allah. Hati dan fikirannya sentiasa ingat akan kebesaran dan keagungan Allah. Dia sedar bahawa setiap detik hidupnya adalah di bawah pengawasan dan penguasaan Allah swt. Malah setiap gerak geri dan perjalanan organ-organ di dalam tubuh badannya, aliran darah dan pernafasannya adalah dengan keizinan Allah swt.

Perasaan itu menatijahkan rasa insaf dalam diri sesaorang untuk sentiasa mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Di dalam masyarakat hari ini, dengan persekitaran yang kebanyakannya berasaskan duniawi, manusia semakin lupa akan hakikat bahawa dirinya adalah di dalam gengaman Allah swt. Ramai manusia lupa hakikat bahawa jika tanpa belas kasihan dan izin Nya, manusia tak mampu berbuat apa-apa. Tapi kini semakin ramai manusia yang alpa dan lalai. Seolah-olah hidup mereka adalah di atas kekuatan dan ketentuannya. walhal, akal fikirannya sendiri tidak berupaya berfungsi tanya keizinan ALlah swt. Sepandai mana manusia, sehebat mana pencapainnya, sebenarnya manusia tetap di bawah perkenan Allah.

Persoalan inilah sebenarnya mengapa Allah menurunkan nabi-nabiNya pada setiap zaman sehingga akhir nabi ummat iaitu Rasulullah saw. Setiap mereka dipilih dikalangan mereka untuk membawa risalah agar manusia ingat dan tahu siapakah yang mencipta dan memberinya kehidupan dan apa jua kenikmatan di dunia. Nabi datang mengajar dan memperingatkan akan kedudukan manusia berbanding kekuasan dan keagungan ALlah swt. Nabi datang membawa berita gembira dan peringatan (basiran-wa-naziran). Nabi datang memberitahu manusia, seandainya mereka taat perintah ALlah, ganjaran kebaikkan untuk mereka dan sebaliknya jika mengingkari Allah, akan ada balasan yang sangat pedih. Semuga kesedaran dan kefahaman ini membautkan kita menjalani hidup, aktiviti dan tugasan dengan dorongan ketaqwaan.

2 comments:

  1. alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah tuhan seru sekalian alam.. yang memperjalankan junjungan besar Nabi MUhammad SAW dari masjidil haram ke masjidal aqsa. yang menguasai ruh kekasihNya.. dan seterusnya mengangkat kekasihNya ke sidratul muntaha yang merupakan tempat pertemuan yang paling agung dan tertinggi.. sememangnya manusia diciptakan atas muka bumi ini adalah dengan bertujuan dan tidak sia-sia.. manusia merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna antara ciptaan2Nya yang dianugerahkan akal dan fikiran juga nafsu yang membataskan baik buruk perbuatan manusia, namun makhluk yang bergelar manusia mempunyai kelemahan dan setiap penciptaan itu mempunyai kelemahan masing2, bukan kerana Allah itu lemah, bukan kerana Allah itu tidak bijaksana dan bukan pula Allah itu terbatas kekuasaanNya tapi betapa makhluk ciptaan itu fitrahnya memerlukan kepada perlindungan dan tempat pergantungan dan betapa Allah itu Maha Menguasai dan Mentadbir segala urusan.. Maha Suci Allah yang mencipta langit dan bumi untuk makhluk ciptaanNya, dan segala Puji bagi Allah yang menganugerahkan nabi2 dan rasul2 junjungan semata2 melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada hamba2Nya yang sememangnya tidak luput dari melakukan kemaksiatan, tugas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyeru manusia mengEsakan Allah dan membebaskan manusia dari belenggu pehambaan sesama manusia terus menerus diwarisi oleh thabit thabi'in dan orang2 yang mengikuti baginda SAW hingga hari kiamat.. namun dimanakah kedudukan manusia kini pada timbangan akhirat kelak, adakah manusia kini sedar akan hakikat ubudiah dan khilafah.. adakah umat manusia kini sedar dan tahu siapakah pencipta mereka dan siapa yang memberi kurnia nikmat sehari-hari kepada mereka??? persoalan2 ini sering bermain difikiran oleh segelintir mereka yang sedar dan faham akan hakikat sebenar hidup ini.. namun yang penting setiap manusia itu perlu jelas dan faham matlamat dan tugas sebenar setiap individu sebagai makhluk ciptaan Allah.. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Jzkk Harmizzi ... moga percambahan idea dapat membantu merapatkan hati mendekat pada Ilahi.

    ReplyDelete