Tuesday, January 5, 2010

Week 4: At Takmil - Wal -Istikmal (Saling Lengkap Melengkapi)

At Takmil - Wal -Istikmal - Ini adalah antara istilah arab yang saya pelajari semenjak diperkenalkan dengan Fikrah Islam Syumul (kefahaman Islam Menyeluruh) sekitar 30 tahun dahulu. Semenjak saat itu, istilah ini begiktu terpahat dan signifikan di dalam hidup saya ... kalau dahulu hidup bujang ... sahabat-sahabat lah disamping ku setiap hari... ke kantin, ke padang, kegelangang, ke pekan ... dan kemana jua. Beberapa tahun selepas itu... isteri disamping ku ... dan diikuti oleh anak-anak... Istilah Takmil Wl-Istikmal (TWI)... menjadi salah satu 'moto' dalam hidup... hingga ke hari ini didalam meneruskan penglibatan dalam dakwah dan membangun ummah.
Ia begitu signifikan, kerana konsep TWI mempunyai hubungan erat di dalam perjalanan kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat di dalam membangun ummah contoh. Di dalam Qur'an menyebut (bermaksud) "Bertolong-tolonglah kamu di dalam kebajikan dan Taqwa, dan janganlah kamu saling membantu di dalam kemungkaran dan keji".

Rahsia kejayaan pembentukan individu muslim bertaqwa, kuat, hebat, cemerlang dan soleh wa-musleh adalah kerana konsep TWI yang berjalan didalam jamaah Rasulullah. Kehebatan pembangunan ketamadunan dan keupayaan menyebar risalah Al-Qur'an hingga ke timor dan ke barat... menaklukki Sepanyol... adalah kerana konsep TWI yang menjadi budaya kehidupan pemimpin mahupun pengikut dan bala tentera Islam.

Hari ini ... kita perlu terus amalkan konsep ini. Dalam budaya melayu di sebut 'gotong royong' atau kerja sama bantu membantu. marilah saling bantu membantu, lengkap melengkapi, dorong mendorong, membangun motivasi untuk kembali memahami Islam yang suci murni, untuk mengamalkan Islam yang beperkerti. Di dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar, pertingkatkan TWI, bantulan diri untuk membantu sahabat dan bantulah sahabat untuk membantu diri kita. Wallahu 'alam.

Jumpa Khamis ini 5.15pm

No comments:

Post a Comment