Monday, February 1, 2010

Week 8 : Islam Rahmat Sekelian Alam

Islam bermaksud selamat, sebaliknya tanpa Islam - tidak akan selamat. Kedatangan Islam semenjak awal lagi yang dibawa oleh para nabi dan rasul dan sehinggalah Rasulullah saw yang dipilih Allah swt jelas membawa rahmat manusia. Kedatangan Rasul di setiap umamat membawa ajaran untuk membebaskan manusia dari belenggu pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian hanya sanya kepada Allah swt. Kesemua nabi dan rasul tidak membawa ajaran yang baru, tetapi megulangi dan menekankan peranan manusia sebagai haba kepada Tuhannya.
Asas kesejahteraan manusia ialah kejelasan kefahaman terhadap ALlah sebagai Rabb dan Illah (Allah yang Maha Pencipta dan ALlah Maha Penentu hukuman yang perlu ditaati).
Orang beriman adalah orang yang kembali kepada fitrah.
Sejarah umat-umat terdahulu telah membuktikan bahawa orang yang ingkar akhirnya binasa. Fir'aun yang hebat, akhirnya tersungkur kerana menentang ajaran nabi Musa AS. Kaum "Ad. Kaum Lut umpamanya binasa disebabkan tidak mahu menerima ajaran nabi-nabi Allah yang diturunkan kepada mereka.
Sebaiknya kepada para sahabat Rasulullah yang menerima ajaran Islam, telah dapat mengubah kehidupan mereka dari kehidupan yang hina kepada kehidupan yang mulia dan bahagia.

Wednesday, January 13, 2010

Memenangi Keridhaan Allah (Week5)


Setiap manusia asalnya naif, iaitu tidak mengerti. Dijadikan Allah hasil pertemuan kedua ibu bapanya (walaupun ada yang tidak di atas perkahwinan yang sah). Lahirnya ke dunia menghirup pelbagai kenikmatan ciptaan Allah sepanjang kehidupannya. Jika dihitung nikmat ALlah nescaya tidak terhitung dan tidak terbayar (jika ia berbentuk hutang). Dunia ini sememang dipenuhi dengan kenikmatan. Hanya bumi ini pun yang hidup atau disebut 'living planet'. Di sini boleh hidup tumbuh-tumbuhan, organisam, binatang-binatang membentuk eko-system dan ekologi yang saling berkaitan dan memerlukan. Tetapi yang paling banyak menyedut dan memakan nikmat bumi adalah makhluk bergelar manusia. Diberinya Akal dan Perasaan oleh Allah kepada manusia ... tidak sebagaimana makhluk-makhluk yang lain. Ada yang meragut nikmat-nikmat Allah semau-maunya ... tak ingat pun siapa hakikatnya pemberi nikmat yang banyak itu. Ramai yang lupa dan jahil ... hidupnya bukan di bawh kawalannya ... berdepan dengan nikmat dunia ini seolah-olah tiada berpenghujung. Itulah segolongan manusia yang jahil, atau sombong ... yang mahu mengenal siapa penciptanya. Lantas akan berterusan di dalam keadaan jahil dan sesat.
Di penjuru hati setiap manusia sebenarnya Allah telah ciptakan dua perasaan, dua kekuatan ... Fujur & Taqwa ... Allah befirman "Sesungguhnya Beruntunglah mereka yang mensucikan jiwanya, dan sesungguhnya Merugilah mereka yang megotorinya". Dengan Akal, dengan pancaindera, dengan hati ... manusia sewajarnya boleh mengerti. Dari mana dia datang? Apa tugas (misi)nya di dunia? Kemana arah tujuan hidupnya?

Tuesday, January 5, 2010

Week 4: At Takmil - Wal -Istikmal (Saling Lengkap Melengkapi)

At Takmil - Wal -Istikmal - Ini adalah antara istilah arab yang saya pelajari semenjak diperkenalkan dengan Fikrah Islam Syumul (kefahaman Islam Menyeluruh) sekitar 30 tahun dahulu. Semenjak saat itu, istilah ini begiktu terpahat dan signifikan di dalam hidup saya ... kalau dahulu hidup bujang ... sahabat-sahabat lah disamping ku setiap hari... ke kantin, ke padang, kegelangang, ke pekan ... dan kemana jua. Beberapa tahun selepas itu... isteri disamping ku ... dan diikuti oleh anak-anak... Istilah Takmil Wl-Istikmal (TWI)... menjadi salah satu 'moto' dalam hidup... hingga ke hari ini didalam meneruskan penglibatan dalam dakwah dan membangun ummah.
Ia begitu signifikan, kerana konsep TWI mempunyai hubungan erat di dalam perjalanan kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat di dalam membangun ummah contoh. Di dalam Qur'an menyebut (bermaksud) "Bertolong-tolonglah kamu di dalam kebajikan dan Taqwa, dan janganlah kamu saling membantu di dalam kemungkaran dan keji".

Rahsia kejayaan pembentukan individu muslim bertaqwa, kuat, hebat, cemerlang dan soleh wa-musleh adalah kerana konsep TWI yang berjalan didalam jamaah Rasulullah. Kehebatan pembangunan ketamadunan dan keupayaan menyebar risalah Al-Qur'an hingga ke timor dan ke barat... menaklukki Sepanyol... adalah kerana konsep TWI yang menjadi budaya kehidupan pemimpin mahupun pengikut dan bala tentera Islam.

Hari ini ... kita perlu terus amalkan konsep ini. Dalam budaya melayu di sebut 'gotong royong' atau kerja sama bantu membantu. marilah saling bantu membantu, lengkap melengkapi, dorong mendorong, membangun motivasi untuk kembali memahami Islam yang suci murni, untuk mengamalkan Islam yang beperkerti. Di dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar, pertingkatkan TWI, bantulan diri untuk membantu sahabat dan bantulah sahabat untuk membantu diri kita. Wallahu 'alam.

Jumpa Khamis ini 5.15pm