Tuesday, December 22, 2009

Tamayuz (Perbezaan) - Week 2

Kedatangan Islam membawa perbezaan yang besar kepada mereka yang menyahut seruan Islam kerana Islam datang membawa seruan pengabdian hanya sanya kepada Allah semata-mata. Dari dahulu para ambiya', semua nabi dan rasul membawa message yang satu iaitu mengajak manusia menyembah ALlah swt dan menolak sembahan-sembahan yang lain walau dalam apa bentuk dan rupa serta kefahaman. Islam yang dibawa para rasul terus-terusan di tentang oleh kaum masing-masing hanya kerana para nabi megajak menyembah ALlah.
Sebab terbesar penolakkan tersebut adalah kerana di dalam diri manusia terdapat nafsu yang tidak mahu kepada kebenaran dan fitrah. Namun nabi dan mereka yang mendapat hidayah ALlah terus menjaga keimanan mereka dan mereka memiliki sifat Tamayuz (perbezaan) dengan merka yang menolak seruan rasul.
Begitu juga hari ini, mereka yang faham dan beriman kepada ALlah dan Rasulnya sudah tentu ada tamayuz kepada mereka yang jahil dan tidak mahu beriman. Tamayuz seharusnya tercerna di dalam pemikiran, keyakinan, ibadah dan akhlak. Orang yang beriman akan berpegang teguh dengan kefahaman dan melaksanakan ajaran Islam dalam bentuk syariat, ibadah dan akhlak, walaupun disekelilingnya 'menentang' kefahaman dan amalan nya. Itulah yang dimaksudkan tamayuz. Tidak salah berada di dalam keadaan tamayuz, malah beruntung mereka yang berada di dalam keteguhan iman dan amal di dalam keadaan majoriti manusia meninggalkan Islam dan amalan Islam.
"Islam itu datangnya dagang, dan akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berada di dalam keadaan dagang, ketika Islam yang dagang" (Hadith).

Tuliskan huraian anda kepada AKHZ dan hantar ke drzin2000@yahoo.com

No comments:

Post a Comment