Monday, December 28, 2009

Merasai Kehadiran Allah (Week 3)

Orang Islam yang sedar sentiasa hatinya berhubung dengan Allah. Hati dan fikirannya sentiasa ingat akan kebesaran dan keagungan Allah. Dia sedar bahawa setiap detik hidupnya adalah di bawah pengawasan dan penguasaan Allah swt. Malah setiap gerak geri dan perjalanan organ-organ di dalam tubuh badannya, aliran darah dan pernafasannya adalah dengan keizinan Allah swt.

Perasaan itu menatijahkan rasa insaf dalam diri sesaorang untuk sentiasa mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Di dalam masyarakat hari ini, dengan persekitaran yang kebanyakannya berasaskan duniawi, manusia semakin lupa akan hakikat bahawa dirinya adalah di dalam gengaman Allah swt. Ramai manusia lupa hakikat bahawa jika tanpa belas kasihan dan izin Nya, manusia tak mampu berbuat apa-apa. Tapi kini semakin ramai manusia yang alpa dan lalai. Seolah-olah hidup mereka adalah di atas kekuatan dan ketentuannya. walhal, akal fikirannya sendiri tidak berupaya berfungsi tanya keizinan ALlah swt. Sepandai mana manusia, sehebat mana pencapainnya, sebenarnya manusia tetap di bawah perkenan Allah.

Persoalan inilah sebenarnya mengapa Allah menurunkan nabi-nabiNya pada setiap zaman sehingga akhir nabi ummat iaitu Rasulullah saw. Setiap mereka dipilih dikalangan mereka untuk membawa risalah agar manusia ingat dan tahu siapakah yang mencipta dan memberinya kehidupan dan apa jua kenikmatan di dunia. Nabi datang mengajar dan memperingatkan akan kedudukan manusia berbanding kekuasan dan keagungan ALlah swt. Nabi datang membawa berita gembira dan peringatan (basiran-wa-naziran). Nabi datang memberitahu manusia, seandainya mereka taat perintah ALlah, ganjaran kebaikkan untuk mereka dan sebaliknya jika mengingkari Allah, akan ada balasan yang sangat pedih. Semuga kesedaran dan kefahaman ini membautkan kita menjalani hidup, aktiviti dan tugasan dengan dorongan ketaqwaan.

Tuesday, December 22, 2009

Tamayuz (Perbezaan) - Week 2

Kedatangan Islam membawa perbezaan yang besar kepada mereka yang menyahut seruan Islam kerana Islam datang membawa seruan pengabdian hanya sanya kepada Allah semata-mata. Dari dahulu para ambiya', semua nabi dan rasul membawa message yang satu iaitu mengajak manusia menyembah ALlah swt dan menolak sembahan-sembahan yang lain walau dalam apa bentuk dan rupa serta kefahaman. Islam yang dibawa para rasul terus-terusan di tentang oleh kaum masing-masing hanya kerana para nabi megajak menyembah ALlah.
Sebab terbesar penolakkan tersebut adalah kerana di dalam diri manusia terdapat nafsu yang tidak mahu kepada kebenaran dan fitrah. Namun nabi dan mereka yang mendapat hidayah ALlah terus menjaga keimanan mereka dan mereka memiliki sifat Tamayuz (perbezaan) dengan merka yang menolak seruan rasul.
Begitu juga hari ini, mereka yang faham dan beriman kepada ALlah dan Rasulnya sudah tentu ada tamayuz kepada mereka yang jahil dan tidak mahu beriman. Tamayuz seharusnya tercerna di dalam pemikiran, keyakinan, ibadah dan akhlak. Orang yang beriman akan berpegang teguh dengan kefahaman dan melaksanakan ajaran Islam dalam bentuk syariat, ibadah dan akhlak, walaupun disekelilingnya 'menentang' kefahaman dan amalan nya. Itulah yang dimaksudkan tamayuz. Tidak salah berada di dalam keadaan tamayuz, malah beruntung mereka yang berada di dalam keteguhan iman dan amal di dalam keadaan majoriti manusia meninggalkan Islam dan amalan Islam.
"Islam itu datangnya dagang, dan akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berada di dalam keadaan dagang, ketika Islam yang dagang" (Hadith).

Tuliskan huraian anda kepada AKHZ dan hantar ke drzin2000@yahoo.com

Thursday, December 17, 2009

Muqaddimah (Week 1)

Muqaddimah dari AKHZ

ASSALAMALAIKUM

Alhamdulillah kita ditakdirkan hidup di muka bumi dan berpeluang belajar di IPT. Ramai manusia yang berada di menara gading, tetapi ramai lagi yang tidak berpeluang menjejak kaki di tempat yang menjadi idaman semua pelajar sekolah.
Apa ada di IPT? .... mungkin kita hampir terlupa nikmat ini, dek kerana telah beberapa tahun di sini. ....mungkin kita lupa disinilah tempat pelbagai peluang menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran. ....disebut sebagai gedung ilmu. ...disebut sebagai menara gading. ....terkenal dengan tempat orang cerdik pandai. ....disini pengkajian, penyelidikan, penerokaan, kreativiti dan inovasi dibangun dan didemonstrasikan.
Disini tempat orang baik-baik.... orang yang kurang kepentingan (kata seorang pensyarah kanan di universiti terkemuka). ...saya akur kerana disini bukan tempat orang mencari dan melobi projek itu dan ini. Pensyarah hanya menumpu masalah dan tugasan mengajar, menyelidik, menulis dan pelbagai urusan akademik ... tidak macam di dunia korporat sana... kena cari projek, kena lobi projek, kena ..... untuk hidup...(wallhau alam).

Bagi kita pelajar di IPT ni... tak lama... 4 - 5 tahun... pejam celik ...pejam celik ... dah nak graduate.

PERSOALAN:
1. Adakah kita telah memaksimakan masa di kampus dengan perkara bermanfaat?
2. Apa pelan strategi (strategic initiative, strategic action, KPI) sebagai mahasiswa?

Sekian.
AKHZ

Response 1:
salam alaikh.. jazakAllahu khair akhi utk pengisian ni.. alhamdulillah ana skrang kat cameron highlands dalam proses menyiapkan "study" tentang urban area (kawasan ringlet) segala kesyukuran hanya bagi Allah SWT yang menguasai kerajaan langit dan bumi yang menguasai setiap jiwa2 dan semestinya setiap manusia yang beriman dengan hari berbangkit akan sentiasa alert dengan suasana masyarakat sekeliling yang semakin membarah.. Selalunya orang akan berbicara tentang kehidupan seharian dari pelbagai aspek kehidupan, pelajaran, pekerjaan, hiburan, pergaulan dan mcm2 lagi namun berapa ramai manusia khususnya pelajar universiti yang meluangkan masa untuk duduk bersama-sama mengagungkan kebesaran Allah SWT dan berapa ramai manusia yang setiap detik waktu yang dilalui diisi dengan perasaan taqarrub kpd Allah??? dan membicarakan permasalahan umat yang merupakan tanggungjawab setiap individu yang mengaku dan meng'claim' diri sebagai seorang muslim?? setiap individu perlu kembali kepada fitrah kejadian manusia yang mengaku dan bersaksi dan bersyahadah atas kalimah tayyibah. dengan itu hak islam atas muka bumi ini dapat dikembalikan. lantas apakah tugas sebenar seorang muslim itu?? adakah sekadar menatap buku pelajaran, menimba ilmu fizk,kimia, arkitek, ingineer semata-mata?? disini perlu kepada pelan-pelan tindakan dalam setiap jiwa dan diri individu muslim itu yang mana hubungan diri dengan Allah adalah yang paling utama, ini dapat dilaksanakan dengan menyiapkan diri dengan segala ilmu ketuhanan, uluhiyah dan rububiyah dan memantapkan akidah dan meletakkan satu penanda aras dalam mencapai 10 muwasofat individu muslim, dalam proses ini insyaAllah Allah akan memudahkan urusan dunia kita dan memelihara dari pelbagai anasir-anasir luar yang negatif yang dapat menganggu gugat iman dan amal kite... justeru perlu kepada kefahaman Islam itu sendiri dan mudahan amal kita kerana Allah.. wallahu 'alam. [HRMZ]